Monday, 2 May 2011

Anak Khalifah

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari,anak Umar bin Al khattab,pulang dari sekolah sambil menangis.Ketika ditanya oleh ayahnya,anak itu menjawab:"Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku.Kata mereka,lihatlah anak Amirul Mukmini bajunya bertampal-tampal seperti ini".
Mendengar pengaduan anaknya maka timbullah rasa kasihan di hati Umar.Oleh itu,beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara,meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.
Maka Bendahari Negara mengirimkan sepucuk surat yang berbunyi," Wahai Umar,adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu?Apakah yang akan engkau perlakukan terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?
Membaca surat itu,maka Umar tersungkur menangis,lalu berkata kepada anaknya,"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimanan biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun untuk sejam lagi".

(Misykatul Anwar)

Persoalannya: mampukah kita menjadi seperti ini?

No comments:

Post a Comment